alhamdulillah...baru je selesai terawih ke-20 tadi. dah nak masuk puasa hari ke 20? wahhh...cepatnye rase puasa kat sini. kalau kat malaysia skrg ni mesti tengah sibuk buat persiapan raya. tp ingat Lin...ko skrg ni kat moscow. dapat raya sehari pun alhamdulillah la drpd xleh cuti langsung.
dan tetiba teringat pulak novel CONTENGAN JALANAN - Hlovate... 'puasa kat tempat orang lg terasa roh ramadhannye berbanding puasa kat tempat sendiri..' kenapa? hah.. rajin2 laa eh selak2 novel tu. banyak sgt pengajaran yg dapat..esok dah start malam ke 21... sepuluh malam terakhir. harap2 sangat tahun ni diberi peluang berjumpe dgn Lailatul qadar. insyaAllah... amin...
sebenarnye ada sesuatu yg buat aku tergerak hati nak tulis entry kali ni. walaupun homework ruskii xsiap lagi.. huhu..
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullhan SAW bersabda : “ Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara istimewa yang belum pernah pun diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Isalam yang sedang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan dilautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: “ Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan besar ( di dunia ) dan akan mendatangimu.
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantai supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir bulan Ramadhan ( orang-orang Islam yang berpuasa ini ) akan diampunkan. Maka para sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “ Wahai Persuruh Allah adakah itu malam Lailatul Qadr?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “ Tidak tetapi selayakknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”
hadis ni mungkin semua orang dah tau kot.. dan aku bukanlah yang pakar nak tulis pengertian hadis semua tu. tp aku tertarik dengan perkara pertama tu.
'bau mulut seorang islam yg berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah drpd bau haruman kasturi'
mulianye seorang hamba yang berpuasa.. dan kalau nak mulut bau kasturi, bukan setakat puasa tahan lapar dahaga je. semua kena jaga lebih2 lagi berkaitan dengan mulut.
tp budak2 zaman sekarang ni kalau bercakap, semua benda nak keluar. dalam satu ayat, xsah kalau xde perkataan mencarut.. si*l la, b*bi, anj*ng.... bla bla bla... astaghfirullah... itulah tabiat... dan kalau dengar lelaki mencarut pun buruk, apetah lagi kalau perempuan macam gambar kat atas tu kan...haissh...
so, ape kata bulan ramadhan ni kite jd baik sikit. bagi aku itu bukan suatu yg hipokrit. sekurang-kurangnye kite hormat bulan yg mulia ni. dan bila dah sebulan praktis x sebut semua tu... xkan la tabiat lama tu nak kutip balik lepas raya kan..?
mari sama2 amalkan sesuatu yang lebih mulia... semoga nafasmu seharum kasturi.... =)
assalamualaikum...
PEACE! NO WAR...
^^v
teringat masa kat BTN :P
ReplyDelete