assalamualaikum...
hi semua.. =) ada org marah ke pasal tajuk hari ni.. hehe. sabor2 wahai penggila2 drama korea sekalian. saya disini bukan nak mengata atau menghina atau mengutuk drama2 kegemaran anda ini. TIDAK sama sekali yee sebab saya pun jenis melayan 'mereka2' ni jugak.. hehe
sebenarnye dah lama rakyat2 malaysia ni melayan korea. dan aku jugak. =DD tapi drpd pemerhatian aku, sekarang ni kpop dah semakin berleluasa. tak kira la boys ke girls. ramai yang dah start melayan korea sekarang ni, terutamanya mereka2 yg duk asrama kat mane2 universiti or kolej or apaper jelah.. dorang ni mudah sgt 'berjangkit' dalam hal2 macam ni. mmg tak salah nak melayan tapi berpada-pada la ye. jgn layan korea sampai buku tatau kemana sudah..
tadi aku baru je habis tengok drama korea LOVE STORY IN HARVARD yg ada gambar kat atas ni. sebab tu lah tergerak hari nak menulis pasal ni. cerita ni pun aku copy dari budak laki.. hehe. see, budak laki lebih maju kot skrg dlm bab korean2 ni.. haha. tapi yg lawaknye, aku ambik masa berbulan2 nak habiskan hanya 18 episod. semua kawan2 pakat duk gelak kata aku ni lambat sgt..haha. mmg lama pun jangka masa tu. bukan ape.. aku minat je tengok korea, tp aku ni alah sikit dgn drama bersiri, kalau cerita dah melalut panjang2. main putar belit benda sama je. baik, gaduh, pastu baik balik.then gaduh balik. rimas. dan aku akan cop cerita mcm tu BOSAN. hehe.. same goes to novel la. kalau novel tebal2 mencecah 600 mukasurat ++ mmg kirim salam awal2.. tade maknaye aku nak tercongok baca kisah rumah tangga orang yang tak sudah2..hehe.. tapi depends laa.. kalau korang suka, itu terserah kat korang. korang punye hal la kan...
hmm.. okeylah. skrg dah nak masuk pukul 3 pagi. my bed dah panggil2 tu.. =)
*waiting for tomorrow, trip to TUDM kuantan pukul 2.30 ptg. doakan perjalanan kami selamat. insyaAllah semoga bertemu lagi di next entry pasal trip kuantan ni..
assalamualaikum...
babai...
PEACE!!
=)
No comments:
Post a Comment