Monday, April 30, 2012

1 bulan 1 minggu

assalam..

dah masuk bulan 5 kan...sedih pulak bila pikir tinggal 1 bulan 1 minggu lagi kat Miat ni. xtau nak cakap apa. suka, sedih, excited, semua ada. T_T
habis minggu ni, kitorang CUTI seminggu. cuti mid-sem la konon2nye. tapi bukan boleh balik rumah pun. =(   kitorang diwajibkan pergi BTN.

 "sape xnak gi BTN xpayah fly" - Puan Munirah. he he he...

BTN.. actually benda ni xde la teruk sgt. daripada pengalaman aku masa gi BTN waktu form 5 dulu ngan geng2 MRSM KT, BTN sgt best. masa nak balik tu semua pakat sedih sbb fasilitator semua baik2. kalau yg kerek2 tu normal la kan. nama lagi nak buat latihan. dorang nampak je kerek, tp sebenarnye dorang sgt3 baik. thumbs up la abg2 fasi.. =)
tp yg tu dulu. apa yg jadi untuk BTN minggu depan tatau laa.. harap2 dapat fasi yg baik mcm dulu. siap ada yg hensem2 lagi... oppppsss.. hehe

hmm.. esok hari buruh. orang yg kerja ngan gov., student2 Uni, budak2 skolah, bla bla bla.... semua cuti besok.
tp kami???? kitorang tetap ada kelas besok. Sobs sobss... T_T  begini lah naseb, diriku yg malang, oh tuhan...xboleh bersenang lenang.... (lagu citer P. Ramli) . kalau korang xpernah tengok sumpah rugi.. HAHA *sempat lagi nak menganjing orang.. haha


ok. back to the topic.. esok kitorang ada kelas ganti.. pukul 8a.m. sampai 1p.m. kelas math.. then, sambung pukul 2p.m. sampai 6 p.m. kelas russia.. rasa nak hantuk kepala kat meja je... hukhuk.. naseb baik sy still syg kepala sy yg bulat2 ni... hikhik.. *gedik.

hmm.. masa untuk tidur dah ni. ( tidur la sangattttt.. hehe.. )
ok..salam semua.. kbai.. =)

peace!! no war..!

Saturday, April 21, 2012

100 years of TITANIC

assalam uollss.. =p

hehe. asal la menggedik semacam ni lin. ^^  ni gara2 titanic punye musim la ni. haha.
ok, nak tanye kat sini. sape yang pernah tengok TITANIC?? eh silap, sepatutnye sape yang TAK PERNAH tengok TITANIC?? atau xtau langsung pasal ni? yelah, citer ni kan sgt2 femes dari dulu sampai skrg. bak kata orang dulu2, tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. dah banyak kali tengok pun still tak puas2 lagi. romantik la konon.. =D

ok. now nak kongsi sikit pasal titanic ni. mana la tau ada lagi insan2 yang xpernah tau pasal ni. bukan wajib tau pun, tp just knowlegde. nanti tadela org nak ckp kita katak bawah tempurung pulak kan. padahal benda ni dah berzaman dah. lebih 100 tahun. dan ada jugak yg pernah tengok movie ni tapi xtau langsung sejarah sebenar. tengok sekadar berJIWANG. owh c'mon lah.. hehe

TITANIC ni sebuah kapal yang bawa pelancong. kapal pelancong terbesar pada waktu tu.


gambar ni diambil masa titanic sedang meninggalkan pelabuhan pada 10 April 1912 untuk berlayar dari Southampton, UK ke New York City, US. selepas 5 hari pelayaran, iaitu pada 15 April 1912, di utara lautan atlantik, kapal ni terlanggar iceberg dan bocor sehingga terbelah 2. peristiwa ni dah korbankan hampir 1514 orang. hanya 710 orang yang sempat diselamatkan. dan daripada peristiwa ni, terhasillah satu filem yang sangat2 disukai ramai tu. TITANIC. dan skrg ni kat cinema2 pun tengah tayang filem ni sempena 100 tahun kapal ni tenggelam. cerita yang sangat romantis..... =D




jack & rose dah jadi kerangka.. HAHA



* post ni specially dedicated to kawan2 yg akan belajar kat St. Petersburg. shira, aini, kina. buat kapal elok2 tau.. =p

kbai.. assalam

PEACE! =D

Tuesday, April 17, 2012

trip to kuantan

assalam..

just come back from kuantan semalam around 10pm. ingat nak update blog awal2 tp disebabkan terlalu penat, terpaksa tangguh la semalaman. pagi ni kelas fizik kitorang batal sebab nak uruskan passport. HEAVEN. the only word i can say. HAR HAR HAR. =D

trip to kuantan..mula2 ingat nak gi TUDM KUANTAN. rupa-rupanye kitorang just pegi ATSC je. tau tak apekemendanye ATSC tu???haha. before pegi sana, aku pun tatau apekah benda alah tu..hehe.
ATSC (Aerospace Technology System Corp) ni sebuah syarikat dibawat NADI yang buat second line services kepada pesawat perang. military aviation. kat sana kitorang pegi melawat tembat servis/baiki kapal terbang. tengok alat2 dia. hebat!!

ok..aku pun dah malas nak cakap banyak. just upload those photo untuk tatapan anda semua.. =)

























kbai..!

Saturday, April 14, 2012

korean drama.. euww euww !

assalamualaikum...

hi semua.. =)  ada org marah ke pasal tajuk hari ni.. hehe. sabor2 wahai penggila2 drama korea sekalian. saya disini bukan nak mengata atau menghina atau mengutuk drama2 kegemaran anda ini. TIDAK sama sekali yee sebab saya pun jenis melayan 'mereka2' ni jugak.. hehe

sebenarnye dah lama rakyat2 malaysia ni melayan korea. dan aku jugak. =DD  tapi drpd pemerhatian aku, sekarang ni kpop dah semakin berleluasa. tak kira la boys ke girls. ramai yang dah start melayan korea sekarang ni, terutamanya mereka2 yg duk asrama kat mane2 universiti or kolej or apaper jelah.. dorang ni mudah sgt 'berjangkit' dalam hal2 macam ni. mmg tak salah nak melayan tapi berpada-pada la ye. jgn layan korea sampai buku tatau kemana sudah..




tadi aku baru je habis tengok drama korea LOVE STORY IN HARVARD yg ada gambar kat atas ni. sebab tu lah tergerak hari nak menulis pasal ni. cerita ni pun aku copy dari budak laki.. hehe. see, budak laki lebih maju kot skrg dlm bab korean2 ni.. haha. tapi yg lawaknye, aku ambik masa berbulan2 nak habiskan hanya 18 episod. semua kawan2 pakat duk gelak kata aku ni lambat sgt..haha. mmg lama pun jangka masa tu. bukan ape.. aku minat je tengok korea, tp aku ni alah sikit dgn drama bersiri, kalau cerita dah melalut panjang2. main putar belit benda sama je. baik, gaduh, pastu baik balik.then gaduh balik. rimas. dan aku akan cop cerita mcm tu BOSAN. hehe.. same goes to novel la. kalau novel tebal2 mencecah 600 mukasurat ++ mmg kirim salam awal2.. tade maknaye aku nak tercongok baca kisah rumah tangga orang yang tak sudah2..hehe.. tapi depends laa.. kalau korang suka, itu terserah kat korang. korang punye hal la kan...

hmm.. okeylah. skrg dah nak masuk pukul 3 pagi. my bed dah panggil2 tu.. =)
*waiting for tomorrow, trip to TUDM kuantan pukul 2.30 ptg. doakan perjalanan kami selamat. insyaAllah semoga bertemu lagi di next entry pasal trip kuantan ni..

assalamualaikum...
babai...

PEACE!!
=)

Saturday, April 07, 2012

"kau single??? tak bosan ke??"

assalamualaikum =)

erkk.. ape punya tajuk laa hari ni. bikin panass kot.. hehe
bukan ape.. kadang2 bila dah ramai yang bertanya soalan diatas tu, aku rasa down jgk. tp naseb baek iman ni kuat lagi... ceeeewwwahhhhhh.. perasan!  hehe

antara soalan2 yang aku selalu dgr -

- eh lin, ko kapel ehh??
- hah??! ko single? tak bosan ke?
- ko pernah ada pengalaman pahit ke?
- biar betol ko tak pernah kapel lin..ko anti-lelaki ehh?
- ko jual mahal sgt kot?? ke ko ni jenis memilih? atau mmg xde org nak kat ko?

dan mcm2 lagi....dan lepas tu aku akan jawab dengan penuh muka bosan dan menyampah --->  "AKU MALAS!! "

haha..lawak kot soalan2 ni. mcm wartawan melodi tv3 la pulak dorang ni.. kita terjahhhhh sama diaaaaa...! hakhak
sebenarnya, mmg aku malas nak pikir2 pasal benda mcm ni.. mcm tade benda lain je nk pikir. xoxo.. bagi aku tak guna kalau kapel suka2, untuk berseronok! ko seronok ke bila dosa bertambah?? lagipun buat masa sekarang mmg hati aku tertutup rapat untuk berkapel dan kalau boleh, aku nak hati aku hanya akan terbuka bila aku bertemu dengan bakal imam aku nanti. kerana akulah rusuk kirinya...aminnnn....

dan kata2 dibawah nilah yang selalu aku pegang.. yang di cilok2 dr fb   =)







sekian.... bai2.. 

PEACE!!  =)

Thursday, April 05, 2012

save Syria..!




assalam...

baru je balik dari ceramah kat surau. ceramah ni pasal Syria yg tengah bergolak sekarang..perasaan sekarang tak boleh nak cakap ape dah... bercampur baur.. ada sedih, takut, geram, sakit hati dan mcm2 lagi lah.. mane taknye bila kita tengok saudara seagama kita ditindas, tak kira lelaki, wanita, baby, org tua, budak sekolah.. semua dia balun.. bashar al-assad dan hafiz al-assad ..nilah 2 orang pemimpin yang sgt2 kejam..anggap diri sendiri sebagai tuhan.. ASTAGHFIRULLAH... macam dah kembali ke zaman firaun dulu la pulak.. haissh! selepas 40 tahun kena tindas, sekarang umat Islam kat Syria dah mula bangkit..aku hanya mampu berdoa agar Syria kembali aman dan bebas dari puak2 yg gila kuasa tu... Aminn..


so.. kita yang duk aman2 kat Malaysia ni bersyukur lah yeee...kita kat sini bebas beribadat, tp masih ada lagi yang liat.. kat Syria sana tu terpaksa solat sembunyi2 dan secara ekspress pulak tu.. janganlaa sampai benda2 macam ni berlaku kat negara kita, baru kita nak sedar kan.. NAUZUBILLAH..


p/s: jom sama2 kita doakan saudara kita disana dan rajin2lah buat solat hajat...


PEACE!! =)

no war....!!!!