Saturday, April 14, 2012

korean drama.. euww euww !

assalamualaikum...

hi semua.. =)  ada org marah ke pasal tajuk hari ni.. hehe. sabor2 wahai penggila2 drama korea sekalian. saya disini bukan nak mengata atau menghina atau mengutuk drama2 kegemaran anda ini. TIDAK sama sekali yee sebab saya pun jenis melayan 'mereka2' ni jugak.. hehe

sebenarnye dah lama rakyat2 malaysia ni melayan korea. dan aku jugak. =DD  tapi drpd pemerhatian aku, sekarang ni kpop dah semakin berleluasa. tak kira la boys ke girls. ramai yang dah start melayan korea sekarang ni, terutamanya mereka2 yg duk asrama kat mane2 universiti or kolej or apaper jelah.. dorang ni mudah sgt 'berjangkit' dalam hal2 macam ni. mmg tak salah nak melayan tapi berpada-pada la ye. jgn layan korea sampai buku tatau kemana sudah..




tadi aku baru je habis tengok drama korea LOVE STORY IN HARVARD yg ada gambar kat atas ni. sebab tu lah tergerak hari nak menulis pasal ni. cerita ni pun aku copy dari budak laki.. hehe. see, budak laki lebih maju kot skrg dlm bab korean2 ni.. haha. tapi yg lawaknye, aku ambik masa berbulan2 nak habiskan hanya 18 episod. semua kawan2 pakat duk gelak kata aku ni lambat sgt..haha. mmg lama pun jangka masa tu. bukan ape.. aku minat je tengok korea, tp aku ni alah sikit dgn drama bersiri, kalau cerita dah melalut panjang2. main putar belit benda sama je. baik, gaduh, pastu baik balik.then gaduh balik. rimas. dan aku akan cop cerita mcm tu BOSAN. hehe.. same goes to novel la. kalau novel tebal2 mencecah 600 mukasurat ++ mmg kirim salam awal2.. tade maknaye aku nak tercongok baca kisah rumah tangga orang yang tak sudah2..hehe.. tapi depends laa.. kalau korang suka, itu terserah kat korang. korang punye hal la kan...

hmm.. okeylah. skrg dah nak masuk pukul 3 pagi. my bed dah panggil2 tu.. =)
*waiting for tomorrow, trip to TUDM kuantan pukul 2.30 ptg. doakan perjalanan kami selamat. insyaAllah semoga bertemu lagi di next entry pasal trip kuantan ni..

assalamualaikum...
babai...

PEACE!!
=)

Saturday, April 07, 2012

"kau single??? tak bosan ke??"

assalamualaikum =)

erkk.. ape punya tajuk laa hari ni. bikin panass kot.. hehe
bukan ape.. kadang2 bila dah ramai yang bertanya soalan diatas tu, aku rasa down jgk. tp naseb baek iman ni kuat lagi... ceeeewwwahhhhhh.. perasan!  hehe

antara soalan2 yang aku selalu dgr -

- eh lin, ko kapel ehh??
- hah??! ko single? tak bosan ke?
- ko pernah ada pengalaman pahit ke?
- biar betol ko tak pernah kapel lin..ko anti-lelaki ehh?
- ko jual mahal sgt kot?? ke ko ni jenis memilih? atau mmg xde org nak kat ko?

dan mcm2 lagi....dan lepas tu aku akan jawab dengan penuh muka bosan dan menyampah --->  "AKU MALAS!! "

haha..lawak kot soalan2 ni. mcm wartawan melodi tv3 la pulak dorang ni.. kita terjahhhhh sama diaaaaa...! hakhak
sebenarnya, mmg aku malas nak pikir2 pasal benda mcm ni.. mcm tade benda lain je nk pikir. xoxo.. bagi aku tak guna kalau kapel suka2, untuk berseronok! ko seronok ke bila dosa bertambah?? lagipun buat masa sekarang mmg hati aku tertutup rapat untuk berkapel dan kalau boleh, aku nak hati aku hanya akan terbuka bila aku bertemu dengan bakal imam aku nanti. kerana akulah rusuk kirinya...aminnnn....

dan kata2 dibawah nilah yang selalu aku pegang.. yang di cilok2 dr fb   =)







sekian.... bai2.. 

PEACE!!  =)

Thursday, April 05, 2012

save Syria..!




assalam...

baru je balik dari ceramah kat surau. ceramah ni pasal Syria yg tengah bergolak sekarang..perasaan sekarang tak boleh nak cakap ape dah... bercampur baur.. ada sedih, takut, geram, sakit hati dan mcm2 lagi lah.. mane taknye bila kita tengok saudara seagama kita ditindas, tak kira lelaki, wanita, baby, org tua, budak sekolah.. semua dia balun.. bashar al-assad dan hafiz al-assad ..nilah 2 orang pemimpin yang sgt2 kejam..anggap diri sendiri sebagai tuhan.. ASTAGHFIRULLAH... macam dah kembali ke zaman firaun dulu la pulak.. haissh! selepas 40 tahun kena tindas, sekarang umat Islam kat Syria dah mula bangkit..aku hanya mampu berdoa agar Syria kembali aman dan bebas dari puak2 yg gila kuasa tu... Aminn..


so.. kita yang duk aman2 kat Malaysia ni bersyukur lah yeee...kita kat sini bebas beribadat, tp masih ada lagi yang liat.. kat Syria sana tu terpaksa solat sembunyi2 dan secara ekspress pulak tu.. janganlaa sampai benda2 macam ni berlaku kat negara kita, baru kita nak sedar kan.. NAUZUBILLAH..


p/s: jom sama2 kita doakan saudara kita disana dan rajin2lah buat solat hajat...


PEACE!! =)

no war....!!!!